expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 10, 2015

Kehidupan di Matrikulasi~~

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa membaca blog saya yang tak seberapa ni.....

Alhamdulillah kali ini saya bercadang untuk memperuntukkan serba sedikit pengetahuan saya berkaitan matrikulasi atau pun singkatannya yang orang selalu sebut matrik.Diharapkan maklumat yang saya ingin berikan dapat membantu serba sedikit pelajar2 yang masih dalam dilema untuk memilih bidang pengajian dan institusi pengajian yang sesuai untuk meneruskan kareer sebagai seorang pelajar yang berwibawa,Insya-Allah.

Untuk pengetahuan pengunjung2 blog ini,saya merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) 2014/2015 PST(Modul 1).Jadi,berkaitan maklumat yang ingin saya kongsikan sebentar lagi adalah sepenuhnya berdasarkan pengalaman2 saya semasa bergelar sebagai seorang penuntut di kolej tercinta.Maklumat2 yang akan saya kongsikan kebanyakannya berkaitan PST,kerana itulah 'field' saya,itulah bidang saya belajar.Saya x akan bercerita tentang perkara yang berada di luar pengetahuan saya.

                                                                 KMM DI HATIKU

1)Pendaftaran

Pada hari pendaftaran,semua pelajar diminta membawa segala dokumen2 dan borang2 yang berkaitan,ada diberitahu......semua dokumen2 tu aku sarankan korang supaya fotostat banyak2,dalam 2 ke 3 helai....sebab berkemungkinan ada di antara borang2 tu korang kena pakai banyak kali......Aku cakap ni sebab dulu aq dah kena,hahaha......sepatutnya aq daftar sekejap ja,tapi disebabkan ada di antara borang2 tu tak cukup,urusan pendaftaran aq tergendala,aq kena beratur panjang di bawah matahari yang indah semata2 nak fotostat sehelai kertas je....lengoh kaki haih,huhuhu.....sadis.......

Masa hari pendaftaran ni,korang akan dapat kunci bilik,baju kolej,bantal,kad matrik,'necktie' dan adala saguhati.....Untuk kad matrik,bagi yang mendaftar secara online korang khas sikit,x perlu tangkap gambar sewaktu hari pendaftaran sebab korang dah upload gambar...Jadi jangan tanya kalau kenapa korang tak dapat lagi kad matrik nanti,mungkin korang akan dapat lambat sikit.....

Berkaitan barang2 yang hendak dibawa,kalau rasa barang terlalu banyak,bawa dulu barang2 yang penting,sebab dekat koperasi ada disediakan banyak barang2 macam baldi,selipar,payung,makanan2 ringan,minuman sampingan,minyak wangi,sabun,fail,buku2,kertas2 dan banyak lagi.Korang beli kat situ.

2)Minggu Orientasi

Pada minggu yang pertama,semua pelajar akan menjalani orientasi yang mana memperkenalkan para pelajar serba sedikit tentang kehidupan di matrikulasi,masa ni korang kena bijak urus masa sebab aktiviti sangat padat,baru nak rehat dah kena panggil untuk aktiviti seterusnya...time ni lah korang akan rasa 'adoi menyesalnya la masuk matrik ni',korang akan rasa nak balik,rindu mak ayah menangis bagai.......untuk yang berhati sado dan yang pernah duduk asrama xpa,depa semua dah biasa handle benda2 mcm ni.......

Tentatif program biasanya ada diedarkan,korang boleh atur masa melalui tentatif tu.....Antara aktiviti2 yang aq ingat,pada minggu orientasi tu korang akan diperkenalkan dengan lagu2 kolej dan negeri,ceramah2,program bersama felo,ketua jabatan,pengarah,qiamullail,solat berjemaah,taklimat2 penting dan latihan dalam kumpulan...felo itu warden la.

Sewaktu latihan dalam kumpulan(LDK),masa ni la korang tau kelas korang,berkenalan satu sama lain,dengan sapa korang ditempatkan,time ni la nak usha bunga2 dengan kumbang2.....hehehe,,,,,bergurau ja.....masa LDK ni korang akan diperuntukkan seorang pensyarah mentor yang akan membimbing korang dan mengendalikan aktiviti2 dalam kelas......

3)Program yang ditawarkan

Ada 2 program yang ditawarkan,Program Satu Tahun(PST) & Program Dua Tahun(PDT).Untuk PST ada 4 modul yang ditawarkan;

  • Modul 1:       
       -Matematik
       -Fizik
       -Kimia
       -Biologi

  • Modul 2:
       -Matematik
       -Fizik
       -Kimia
       -Sains Komputer

  • Modul 3:
       -Matematik
       -Biologi
       -Kimia
       -Sains Komputer

  • Modul Perakaunan:
       -Matematik Perakaunan
       -Perakaunan
       -Ekonomi
       -Pengurusan Perniagaan

Untuk PDT,semua sama kecuali PDT x ada modul perakaunan sahaja........

Untuk subjek wajib pulak,korang akan ambil Bahasa Inggeris,Kemahiran Dinamika,Kokurikulum,Pendidikan Islam....subjek2 tersebut x akn dikira untuk pengiraan pointer....hanya subjek2 teras(fizik bio kimia math sc.comp) yang akn diambil kira dlm pengiraan pointer....tapi gred untuk semua subjek akan dipaparkan dalam sijil peperiksaan semester...nak taknak skor ja la semua....

Kalau kes untuk tukar modul,sekiranya korang minat modul lain,korang boleh berlaku sedemikian selepas minggu orientasi,akan ada taklimat dan prosedur2 yang korang kena laksanakan,banyak benda yang nak kena buat tu memang banyak,tapi hendak seribu daya x hendak seribu dalih.....Kalau modul sains nak tukar ke modul akaun,dibenarkan.Tapi,modul akaun nak ke modul sains x boleh.


4)Kehidupan di Matrikulasi (Matriculation Real Life)

Pada saat ini,aq nak bagitau korang yang masih belom menjejaki dunia matrik ni,matrik ni bukanlah  susah yang macam korang sangkakan.Korang jangan dengar kata2 negatif daripada orang lain.Sememangnya pembelajaran di matrik ni sangat laju,minggu pertama masuk x rasa lagi,tapi masuk minggu kedua kalau korang x catch up,kemungkinan korang akan ketinggalan.Setiap minggu korang akan ada eksperimen(fizik bio kimia),kuliah dan tutorial.....kuliah korang akan dibahagikan mengikut kumpulan masing2,dlm lebih kurang 100 lbih pelajar.....kelas tutorial pula adalah kelas korang la,ada selalunya dalam lingkungan 15-30 org.....eksperimen ikut kelas.

Berkaitan eksperimen,lab coat & experiment manual book disediakan dan safety goggle kena beli sendiri(JANGAN LUPA BAWA LAB COAT,EXPERIMENT MANUAL BOOK & SAFETY GOGGLE SETIAP KALI EKSPERIMEN) .

Untuk kimia dan biologi,sebelum eksperimen setiap pelajar dikehendaki membuat jotter(buku jotter disediakan) untuk eksperimen pada minggu tersebut....Apa tu jotter,jotter ni adalah ringkasan(berdasarkan pemahaman korang) ataupun draft utk korang sebelum masuk kelas amali.Kalau cikgu kimia aq dulu,jotter x ada x boleh buat eksperimen,pergi siapkan dulu jotter baru boleh buat eksperimen.Sebaiknya buat la jotter ni,jotter ikut suka korang la nak buat apa,korang nak lukis ke nak buat flow chart ke,terserah asalkan korang paham apa yang korang akn buat dalam eksperimen nti.....jotter membantu korang faham perjalanan sepanjang eksperimen,xdala nanti korang just buat eksperimen membuta tuli.....sebaiknya biarlah korang masuk dengan persediaan,nanti habis kelas ada ilmu yang korang dapat daripada eksperimen tu.Lepas eksperimen,korang kena buat lab report.Lab report wajib hantar sekurang2nya 3 hari selepas eksperimen(ikut jugak cikgu korang nak tentukan bila deadline).INI AMARAN,ilmu dalam kelas AMALI sesetengahnya ada yang x diajar dalam kuliah,kalau korang dapat benda tu,korang boleh apply dalam exam.Sebab kadang2 exam keluar soalan HOTS(High Order Thinking Skills).

Untuk fizik,sebelum amali,setiap pelajar dikehendaki membuat pre-report.....pre-report ni ada working procedure dgn procedure eksperimen.Prosedur korang salin je daripada manual book tapi sebaiknya fahamkanlah.Working procedure pula korang kena belajar cara nak buat,pegi lah jumpa cikgu,jgn la asyik meniru je,meniru faham x apa,tapi meniru membuta tuli ni sia2,korang x dapat manfaat...

Beralih kepada kelas tutorial,kelas tutorial ni kelas korang lah,adik beradik korang,family korang,jatuh bangkit korang bersama.Dalam kelas tutorial ni,akan ada cikgu yang akan ambil alih kelas korang mengikut subjek,selalunya cikgu2 tu handle korang selama satu semester ja,tapi ikutla,ada jugak cikgu yang akan ambil alih korang sampai tamat program.Sebelum masuk kelas tutorial,buatlah tutorial tu,sbb kalau korang x buat tutorial,korang masuk kelas dan lepas tu cikgu ajar,korang akan susah nak faham,sbb korang x buat lagi tutorial,ada jugak cikgu yang prihatin dia akan cek dulu murid2 dia buat ke tak tutorial..
Sebaiknya buatlah tutorial,sebab tutorial ni adalah benda utama yang akan mendedahkan korang dengan format2 exam dan pattern2 exam sebenar....kalau korang selalu buat,Insya-Allah mudah urusan time exam.....kalau korang dah buat semua tutorial,masa 'study week' nanti korang dah x susah nak study,sebab korang dah buat semua benda,jadi masa tu korang cuma perlu tinggal baca semula apa yang korang buat tu dan 'refresh' otak korang dengan buat latihan 'past year'...nak 'test' lagi kualiti korang,pergi la ajar orang,insya-Allah mudah urusan....

Untuk kuliah,korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan,dalam satu kuliah ada dalam lebih kurang 100 orang lebih.Pensyarah kuliah akan ajar korang sehingga habis semester,ada jugak yang akan ajar sampai tamat program.Nota kuliah korang kena fotostat sendiri,akan ada AJK utk subjek2 tertentu dalam kelas korang,jgn risau,mereka2 ni la yang akan tolong fotostatkan.

Berhubung dengan waktu P&P,kelas akan bermula pada pukul 8 pagi,korang sarapan dalam pukul 7 pagi dan P&P akan rehat pada pukul 1 tengahari.Masa 1 jam diberi kepada korang untuk solat,makan,rehat dan sebagainya.Pukul 2 kelas akan bermula untuk sesi petang dan akan tamat pada pukul 4 petang.Tapi depend jugak kalau cikgu korang nak buat kelas tambahan,nasib korang la x boleh balik lagi hahaha.Tapi kelas tambahan bagus jugak,itu menunjukkan cikgu2 sayang korang,sanggup korbankan masa mereka semata2 untuk mengajar korang.Lepas je korang habis kelas tu,korang akan balik rehat,solat dan lepas tu korang nak beriadah ke nak siapkan kerja yang bertimbun ke,ikut suka korang la.Tapi sebaiknya beriadah la sebab otak kita pada waktu petang x lagi setajam seperti otak kita pada waktu2 lain.Kecenderungan untuk tidur je,sebab memang penat.Habis je korang riadah,mandi,solat maghrib,akan ada cikgu2,ustaz2 atau pelajar2 yang akan handle kuliah maghrib.Habis solat isyak dalam pukul 9 hingga 9 lebih.Lepas je solat isyak,itulah masa study korang.Korang nak study mcm mana,pukul berapa ataupon xnak study ikut korang la,x ada sapa yang akan suruh korang ataupon kongkong korang.
Bagi yang nak study,kalau rasa letih sangat,boleh tidur dulu,nanti dalam pukul 2-3,boleh bangun,masa tu otak fresh,bagus untuk pembelajaran efektif berbanding korang study dalam keletihan.Tapi,semua tu depend kepada korang la nak study macam mana,manusia mempunyai pendirian berbeza.Aku tak boleh tentukan cara study korang.

Dan lagi satu,semester 1 lebih mudah jika dibandingkan dengan semester 2.Kebanyakan topik2 semester 2 korang akan belajar benda baru.Contohnya,biologi semester 2 akan belajar banyak berkaitan proses.Kimia semester 2, 90% organik.Sains komputer akan belajar 'programming'.

Untuk makan,korang makan kat cafe....tu ja aq mampu beritahu,harga depend kepada cafe tersebut...Kalau cafe tempat aq dulu,semuanya sedap2 belaka....Alhamdulillah...

4)PDT VS PST

Adakah PST ataupun PDT yang lebih baik????
Soalan ni bagi aq x 'valid',sebab masing2 ada kelebihan dan kekurangan.Untuk PST,PST ini memang jalan singkat ataupon kita panggil 'shortcut' untuk ke ijazah,hanya mengambil masa lebih kurang 10 hingga ke 11 bulan ja,tetapi PST pembelajaran dia sangat laju,sehinggakan waktu tidur korang pun akan terganggu dan ada lagi kerja2 yang korang x mampu siapkan.Aq PST modul 1,bagi aq,daripada mula masuk matrik kerja x pernah habis sehinggalah aq keluar daripada matrik,barulah kerja habis.Cabaran untuk PST ini adalah pengurusan masa,kalau korang x urus masa dengan betul,korang boleh kecundang.Ada 2 semester.

Untuk PDT,dia x 'rush' sangat macam PST,topik2 yang dipelajari dalam 1 semester pon x sebanyak PST.Pembelajaran dalam PDT relaks sikit dan belajar lebih mendalam berbanding pelajar2 PST.Ada 4 semester.Lambat sikit kalau korang nak ke ijazah.Jalan yang sama,tujuan yang sama,cuma masa berbeza.Tetapi apa2 pon ini semua hakikat kehidupan,setiap benda akan ada kekurangan dan kelebihan kerana semuanya adalah sistem yang manusia cipta,manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Allah dah atur semuanya sesuai dengan kemampuan semua manusia.


5)KUIZ,PB,UPS,MUET,PSPM

Setiap subjek teras,akan ada kuiz.Matematik ada 4 kuiz setiap semester(3 kuiz akan diambil kira sebagai 'carry mark' utk exam semester).Fizik Biologi Kimia ada 6 kuiz setiap semester(5 kuiz akan diambil kira sebagai 'carry mark' utk exam semester).Boleh dikatakan kuiz ni tiap2 minggu ada,korang kena sentiasa prepare.Untuk PB(penilaian berterusan),markah ini pensyarah2 korang yang akan menilai korang daripada pelbagai aspek sepanjang satu semester.'Total carry mark' utk matematik 10%(kuiz).'Total carry mark' utk biologi fizik kimia 20%(kuiz,amali).

Untuk UPS(Ujian Pertengahan Semester),setiap semester akan ada UPS.Soalan dia x sesusah exam  akhir semester,tapi jgn main2 dengan UPS ni,jangan ambil mudah,kadang2 soalan boleh jadi 'tricky' dan mengundang padah kalau korang sambil lewa.UPS jugak ada 'carry mark' utk exam semester.'Total carry mark' 10%.

Untuk PSPM(Penilaian Semester Program Matrikulasi),inilah medan peperangan korang yang sebenar.'Exam' ni akan menilai korang sejauh mana korang melangkah sepanjang satu semester.Akan ada soalan2 HOTS.'So,be prepared'.Untuk matematik,80% akan diambil drpd PSPM.Utk fizik kimia biologi 70%.

Untuk MUET(Malaysian University English Test),korang akan menduduki 'test'  ni pada semester 1.Ada 4 bahagian.Speaking,Writing,Listening,Reading.
Band 1 (weakest user)
Band 2 (weak user)
Band 3 (moderately fluent user)
Band 4 (good user)
Band 5 (fluent user)
Band 6 (highly fluent user)
Nak band yang bagus,kena rajin la...

Kesemua 'carry mark' daripada UPS,PB,Kuiz,Amali dan PSPM akan dijumlahkan untuk pointer semester korang(PNGS).Peringatan,kalau nak PNGK korang gempak,pastikan PNGS 1 dan PNGS 2 korang jugak gempak,kalau x babai...huhuhuhu.....

Pada pertengahan semester 2,korang wajib isi UPU ataupun universiti2 lain macam UM dgn USM.

6)Lain2 Perkara

Perkara lain2 contohnya,penglibatan dalam aktiviti2 kolej.Aq sarankan korang di samping study,libatkan jugak diri dalam aktiviti2 yang kolej anjurkan,aktiviti2 kelas,blok dan sbgainya.Libatkan jugak diri korang dalam acara2 atau 'competition'.Perkara ini sangat penting sebab nak cover markah kokurikulum 10%.Nak masuk universiti sangat2 susah sebab competition sangat2 tinggi,budak ramai yang berkaliber,jadi markah koko lah pembeza antara korang samada korang layak ataupun tidak masuk universiti.Ada banyak persatuan,kelab2 yang korang boleh masuk.Malahan,kalau korang bersepakat nak tubuhkan kelab baharu pon boleh.

Untuk kes kalau korang x tahu tentang suatu benda,nakkan lebih ilmu,sila berjumpa pensyarah dekat unit.Ikut korang la nak jumpa pensyarah korang ataupun pensyarah2 lain,asalkan korang boleh tanya apa yang korang nak.Kalau aq,aq akan jumpa pensyarah sendiri,sebab aq ni penyegan sikit nak jumpa pensyarah lain.Untuk pengetahuan korang jugak,kebanyakan pensyarah tak ajar korang semua ilmu yang mereka ada dalam kuliah ataupun kelas tutorial disebabkan masa yang amat terhad.Jadi,sekiranya korang berjumpa dengan pensyarah secara personal,korang boleh dapat ilmu yang mana x diajar pun dalam kuliah,'extra knowledge'.Jangan risau,kedatangan anda dialu2kan oleh para pensyarah,pensyarah kebanyakannya baik2,tetapi dengan syarat korang dah prepare dulu la sebelum berjumpa,xdala kena halau nti,hahaha.
Selalukanlah bejumpa pensyarah sebab benda ni yang dapat eratkan hubungan korang dengan pensyarah,pensyarah akan kenal korang,mudah ingat korang dan sekaligus mudah untuk mendoakan untuk korang.Insya-Allah.

7)Baucer Buku

Selalunya baucer buku akan dapat dalam sebulan selepas semester bermula RM250.Selalunya tarikh luput dia pun lambat,kalau korang xnak guna beli buku rujukan pun x apa,boleh simpan sampai cuti 'then' nak beli hadiah untuk parents atau pun lecturer korang pon ok.Kalau aq dulu,semua buku rujukan aku pinjam dengan cikgu.Aku cuma guna sebahagian baucer untuk beli buku 'past year'.

8)Especially for Muslim Students

Untuk 'muslim students',suka untuk aku ingatkan beberapa perkara,

  • yang mana Allah akan beri kepada kita tentang apa yang kita rasa terhadap dia,tentang prasangka kita terhadapNYA,kalau kita bersangka baik terhadap Allah,baiklah yang kita dapat,sekiranya buruk yang kita sangka terhadapNYA,buruklah yang kita dapat.
  • dua perkara yang Allah cipta untuk hambaNYA sbg perantaraan untuk dekat kepadaNYA iaitu hajat dan musibah,gunakanlah sebaik mungkin.
  • rezeki setiap orang berbeza2,ada yang Allah bagi cepat dan ada yang Allah lambatkan.Jadi,jangan risau sekiranya korang dah berusaha sehabis daya dalam suatu benda,tapi 'still' korang x dapat yang diinginkan,jangan pernah bersangka buruk terhadapNYA,mungkin Allah simpan di masa hadapan dengan rezeki yang lebih luas lagi.
  • lelaki digalakkan untuk solat secara berjemaah di awal waktu,di tempat azan diazankan,solat berjemaah termasuk antara Sunnah terbesar yang Rasulullah SAW lakukan,antara Sunnah lain yang patut dilakukan solat tahajjud,sering membaca al-Quran,jaga solat Dhuha,jaga sedekah,jaga wudhuk terus menerus dan beristighfar setiap masa.
  • sentiasa berfikiran positif sebab pemikiran kita mendahului perbuatan kita.
  • kalau korang berusaha sedaya upaya,sentiasa berdoa,istiqamah dengan amalan dan berserah kepadaNya,Insya-Allah Dia akan bantu korang....
  • semua benda yang berlaku adalah berdasarkan perancanganNYA,dan perancangan Allah la yang paling terbaik untuk kita.
  • 'mindset' kena ubah yang kita belajar bukan kerana pointer,tapi kerana Allah,Insyallah mudah.


Semua benda yang korang buat,pergi ceramah,kuliah,tazkirah,solat jemaah,baca quran,buat amalan2 Sunnah,semua tu tak sia2 kalau korang buat dengan ikhlas.Insya-Allah ganjaran yang diterima korang amat besar.


*Kepada korang2 yang akan meneruskan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi x kira la samada matrikulasi ataupun institut pengajian yang lain dan pengunjung2 yang sudi membaca blog ini semoga segala urusan antum semua Allah permudahkan dan berjaya dunia akhirat,Insya-Allah.Terima kasih kerana sudi membaca blog yang x seberapa ini.

Akhir sekali,ingin saya tegaskan,segala perkara yang saya kongsikan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada,dan saya juga merasa bahasa yang saya gunakan dalam blog ini bersesuaian.Saya lebih selesa menggunakan bahasa Kedah ataupun Perak tetapi nak mengelakkan kekeliruan saya gunakan bahasa yang mudah difahami walaupun pada dasarnya saya agak kekok.Sekiranya ada terkasar bahasa,tersalah maklumat mohon diampunkan.Saya juga manusia biasa,tak akan terlepas daripada salah dan silap.

Saya bukannya nak mempengaruhi siapa2,saya x ada hak untuk suruh korang pilih matrikulasi sebab korang ada hak dan pendirian masing2,but I JUST WANT TO SAY THE TRUTH,I AM HAPPY TO BE A MATRICULATION STUDENT,banyak pengalaman2 yang saya timba dengan sahabat2 saya yang saya x pernah lalui sebelum ini,semua sahabat2 saya baik2 belaka,gelak tawa bersama,x akan dapat saya lupakan,juga tidak saya lupa semua pensyarah2 saya yang telah banyak mengajar dan membantu mendidik saya sehingga saya dapat berdiri menjadi saya yang sekarang,sedih apabila saya meninggalkan bumi KMM,Insya-Allah suatu hari nanti saya akan kembali semula ke bumi nostalgik tersebut.

Segala pertanyaan dan pendapat ataupun cadangan malahan teguran serta pembetulan yang ingin diajukan,boleh la komen kat bawah ini.Sekian,Terima Kasih.GOOD LUCK. :)


*Matrik sebenarnya tak susah kalau korang rajin.
*Mohon 'share' kepada rakan2 lain sekiranya maklumat di atas bermanfaat,semoga semuanya dapat manfaat bersama.




       #TIADA KEJAYAAN YAN BERKAT MELAINKAN SUNNAH RASULULLAH SAW#












Thursday, May 22, 2014

Ringkasan Pengalamanku


Assalamualaikum W.B.T kepada yang sudi mengunjungi blog ini.Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa saya hanyalah manusia biasa sama seperti pembaca yang membaca entri saya ini.Ini adalah blog pertama saya sebagai seorang blogger.Jadi apa yang tak kena dengan blog ni jangan 'complaint' lebih2.
Apa yang aq nak kongsikan dalam blog yang tak seberapa ni adalah sedikit kisah hidup aq dan apa lagi ntah.....supaya boleh dijadikan teladan kepada 'batch' selepas aq.

  • Sebagai Seorang Pelajar Tadika,Selangor
Karier aq sebagai seorang pelajar tadika bermula pada tahun 2002 di selangor...Ketika ini aq hanyalah seorang budak kecik yang tak pandai dan tak bersemangat dan tak suka ke sekolah dan tak berbakat dalam apa jua perkara.

  • Sebagai Seorang Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Agama,Sabah (2003-2008)
Waktu ini,kelakuan dan tingkah laku aq sama sahaja,aq x berkeyakinan dan x pandai.Tapi waktu ini adalah waktu aq menceburkan diri dalam bidang Jawi,Bahasa Arab.Waktu ini aq rasa dah jumpa apa yang aq minat.Aq hanya boleh skor subjek2 yang berkaitan jawi dan arab(sekolah agama).

Ketika sesi sekolah rendah aq teramat sangat tak menyerlah dalam kelas,sering mendapat nombor yang akhir2 dalam kelas.Aq x boleh skor byk subjek seperti BM BI MATH SAINS.Pada masa tu,subjek yang paling aq x minat adalah sains dan math.Aq selalu gagal dalam kelas.Aq rasa diri aq bodoh dan tak pandai macam kawan2 aq.Tapi waktu ini aq tak kisah pun dengan semua tu,yang aq kesah hanyalah enjoy,enjoy,enjoy dan enjoy.Tak perlu dipanjanglebarkan lagi,x penting pun rasanya.

Time SRA(Sijil Rendah Agama),aq dapat cemerlang.Jujur,time tu aq sangat rasa bangga dan sombong,dan sebab tu lah rasanya UPSR aq bla3....

Terus ke UPSR,pada masa ni aq ada sikit kesedaran(sikit je).Aq dapat 2A 3B.Aq sedih sebab aq salah sorang budak target waktu tu sebab exam sebelumnya aq dapat 5B.Aq dapat sikit ja A dlm kalangan budak target.Apa2 pon,time ni aq x kesah pon apa yg aq dapat sebab sedar sikit je.

  • Sebagai Seorang Pelajar Sek.Men,Pahang (2009-2010)


Bermula karier sebagai seorang pelajar sekolah menengah,time ni aq masih belum matang.Aq x boleh sambung arab dekat sini sbb sekolah tu xda arab.Aq kecewa,sebab subjek yg aq minat x boleh dipelajari.Karakter aq masih jugak belum berubah,sama saja dgn time masa aq sekolah rendah,seorang yang x berapa menyerlah.

  • Perak(2010-2013)
Aq masuk Smksis time form 2,time ni aq matang sikit,tapi sikap sebagai seorang yang x berkeyakinan masih sama dan merasa semua perkara susah2 belaka.Time ni aq jahat.

Time form 3,aq 1st time masuk asrama,time ni la bermula segala pembelajaran baru,pengalaman baru,hidup baru,suasana baru dan kawan2 baru.Sikap aq berubah sedikit masa ni sebab dorongan kawan2,tapi apa yang x berubahnya aq masih seorang yang pemalas dan x berkeyakinan.

Aq hanya usaha ala kadar je untuk PMR ni,tapi harapan nak 8A....haha,x sesuai dgn aq.....Aq harap sgt2 PMR dpt 8A,tapi aq hanya dpt 5A dan aq sgt2 kecewa kenapa aq x belajar sungguh2 dulu.Time ni aq pasang dendam kpd kawan2 aq yg dapat result cemerlang time PMR,aq nk atasi depa semua time SPM.

Masukla form 4.....matlamat aq nak belajar sungguh2 dan skor tiap exam,tapi hahaha.....aq rasa susah sgt subjek sains stream ni,fizik???bio???kimia??addmath???time exam aq hanya dapat 1 atau 2 A je.....haha....semua aq fed up dan rasa aq x boleh skor spm,kembali lah aq ke diri yang asal,iaitu pemalas dan rasa semua susah...haha......beralih ke perkara lain,time form 4 ni adalah masa yang aq x boleh lupakan,banyak perkara salah yang aq lakukan dan lbih spesifik tindakan bodoh la senang .....tapi daripada semua pengalaman tu,Alhamdulillah aq boleh berubah serta merta,aq sedar,dan aq anggap semua pengalaman tu adalah sebagai ujian ataupun jalan yang Allah bagi untuk aq supaya sedar.

Terus ke form 5,aq dah makin matang drpd dulu,aq dah sedar dan aq azam nak skor spm.Azam saja x ckup kan??Tapi satu benda ja yang masih susah nak berubah,pemalas,maklumla aq ni lelaki,besa la malas ni kan???betoi ka??ntah...aq malas sebab subjek form 4 aq x da dlm kepala otak aq,mmg takot jugak nak spm....time mid year aq hanya dapat 2 A ja....aq mula risau,sbb spm da x lama......

Raya menjelang,time cuti raya ni la aq amek keputusan nak study semua topik f4 dan f5.....Aq start study time raya sambil maen fb(sapa kata study smbil maen fb x boleh??).....Aq study dlm msa seminggu,dan x cukup lagi aq lajak smpai hari khamis,pastu baru balik asrama,dah call cikgu nan da,xpa.....aq teruskan style aq 'study hard'.....nk study smart x boleh dah,sbb msa da suntuk sgt2(prinsip aq masa ni 'nothing impossible')....jadi aq tukar mode smart ke mode hard...haha....aq xda masa study yang tetap walaupon aq buat jadual peribadi tapi x ikut pon,ikut aq la nk study bila dan nk study apa....buat latihan,baca buku dan buat kerja yg cikgu bagi even yg daripada awal tahun cikgu bagi aq x buat lagi......tapi x siap semua la.....sbb terlalu byk.....aq asingkan diri aq dgn kawan2 sebatch dgn aq time study dan duduk la sama ada dgn budak2 form laen ataupon sorang diri.......bukannya xmau kawan,tapi aq nk elakkan diri aq daripada maen...sbb aq ni suka sgt enjoy dan buas....aq janji dgn mak aq nak study betoi2,aq smpat habiskan past year pny buku sblum SPM dan baca semua subjek f4 f5 kecuali ada la cket yang aq x sempat nk hbiskan mcm bio kimia....tapi xpa la....aq dah mula tenang,aq yakin dan percaya kat diri aq boleh buat spm ni,jadi aq masuk exam n smua paper drpd bm hingga bio Alhamdulillah semuanya aq boleh jawab tanpa serabut kepala otak.....first time dlm hidup,aq buat bnda dgn usaha sendiri.....time result keluar,aq bersyukur sgt2 sbb result aq elok,subjek yang time skolah rendah aq x minat,naik sekolah menengah sgalanya berubah......Alhamdulillah.....Sekian

                                                 TAMAT
                             (Sila scroll ke bawah dan baca)

Ni aq amalkan masa aq bergelar sebagai seorang pelajar SPM,harap dapat membantu.
Sedikit Tips2 dan Cara2 Nak Study Dengan Mudah Dan Tenang
  1. Setkan dalam minda bahawa semua perkara adalah mudah,jangan sesekali berfikir bahawa sesuatu perkara itu susah.Sentiasa berfikir positif kerana pemikiran mendahului perbuatan.Kalau fikir positif,positif lah jadinya.Jangan pernah merungut tentang sesuatu perkara yg susah dan x kena seperti yang kita mahukan,sebab benda tu sama saja seperti berprasangka buruk terhadap Allah.Allah akan bagi apa yang kita rasa terhadap dia.Kalau bersangka baik,baiklah yg Dia beri,kalau bersangka buruk,buruklah yang Dia beri kpd kita.
  2. Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yg diberi walaupon kecil.
  3. Ni yang paling utama,taat Allah,Rasul,Ibu Bapa,Guru dan buat baik dgn semua org.Doa ibu bapa sgt mujarab,berkat ibu bapa dan guru sgt penting utk ilmu jangka panjang.
  4. Selalukan baca quran(kalau malas sgt,baca surah2 lazim pon memadai) & bertahajud,solat hajat,taubat(kalau byk dosa payah masuk ilmu) dan lain2.Lepas tahajud jgn tidur,study time 2....sbb time 2 otak fresh....mudah masuk ilmu.....memang susah nak buat...tapi kalau da lama2,jadi biasalah...
  5. Believe in yourself and your potential.Be your true self,don't be others because everyone has thier own advantage that make them unique in the way they are.
  6. Nothing Impossible.
  7. Selalukan mandi wajib,sebab takut2 mandi wajib kita yg sebelum ni x sah,jadi ilmu susah nak masuk.
  8. Selalukan minta tunjuk ajar drpd org yg lebih mahir drpd kita.
  9. Selalukan ajar org,sbb bila kita ajar,kita akn lebih mudah ingat dan paham.
  10. Study2 jugak,sekali sekala pergi la turun maen ataupon ambek udara segar release tension.
  11. Jangan putus harapan.
  12. Jangan pernah putus asa atas segala usaha yang anda lakukan,sebab putus asa bukan sifat org Islam.jika sesuatu x menjadi seperti yg kita nak,tu maknanya ujian...tempuhilah ia,jgn putus harap akn pertolongan Allah.
  13. Jangan remehkan suatu perkara kecil.
  14. Jangan pandang rendah kepada org.
  15. Jangan sombong dan riak dlm semua keadaan.
  16. Jangan mudah terpengaruh dgn org.
  17. Jangan hiraukan kata2 longkang kawan2 yg merungut tentang yang ni susah yang tu susah,sebaliknya nasihat depa dan ajak la study skali kalau boleh,kalau dia xmau biakan saja....
  18. Sentiasa tawassul dalam melakukan semua perbuatan(buat sesuatu utk mengharap keredhaan Allah)sebagai contoh,buat suatu ibadah dan kita niat dalam hati supaya Allah mempermudahkan segala urusan dunia & akhirat kita.
  19. Sentiasa berusaha,doa,tawakkal dalam apa jua keadaan.
  20. Jujur dengan diri sendiri,jangan mengamalkan budaya plagiarisme(tiru-meniru).....kalau xtau,buat cara xtau jgn action kata tahu...kelak akan menyesal....Selalukan tanya cikgu kalau x tahu.
  21. Jangan pernah menganggap dunia ini kejam,adakah dunia ini kejam???celik pikiran sikit.....adakah kita rasa dunia ni kejam sebab susah,sebab masalah,sebab bnda yg kita nak semua x jadi....Itu semuanya ujian dari Allah,jadi kenapa kita perlu kata dunia ini kejam???manusia yg kejam dalam dunia ni,menyalahgunakan semua bnda...
  22. Belajarlah dengan memantulkan diri pada pengalaman dan kesalahan kita,dengan itu,kita boleh memperbaiki diri kita.All people have mistakes,then we must deter those mistakes.
  23. Belajar bukan semata-mata nak dapat A dlam exam,apa yg kbykn kita buat selama(termasuk aq) ni ada lah belajar untuk dapat result yang cemerlang tanpa memikirkan bnda lain,sebab tu lah ilmu yg kita belajar mudah hilang.Lepas ni jom ubah sama2,belajar kerana Allah(ambil masa bbrpa saat sblum pergi ke tmpat bljar niat dlm hati bljr kerana Allah).Belajarlah untuk gembirakan hati mak ayah dan untuk aplikasi msa dpan kita.Seimbangkan juga ilmu dunia dan akhirat.
  24. Jangan ikut cara org laen,tetapi jadikan seseorang sbg sasaran dan target kerana setiap org memiliki kemampuan,kelebihan dan cara berbeza.Ikutlah cara masing2. 
  25. Allah x beri apa yang kita mahukan,tetapi Allah berikan yang terbaik buat kita.No matter what was the road you had chosen,proceed and continue with it,believe in Allah n yourself.The power to believe in yourself could give you confidence.
  26. Layanlah ibu bapa kamu dgn baik,jangan sombong dan rasa dah besar sgt dan rasa x perlukan perhatian mereka,kelak akan menyesal menangis x berlagu.Kalau dah pergi menangis air mata darah sekali pon mereka x kembali.
  27. Semua kejayaan kita bukanlah di atas usaha kita sahaja,itu adalah pemberian Allah kpd kita.


Sampai di sini sahaja coretan dan nukilan saya dalam blog yang x seberapa ni,saya hanya mahu kongsikan apa2 yg boleh dijadikan teladan.Segala kesilapan adalah dari saya dan segala kebaikan adalah daripada Allah.Saya doakan anda semua berjaya dunia akhirat.Never Give Up.Assalamualaikum.Saya x sempurna,jadi apa yang saya lakukan x semuanya betul.Setiap benda yang manusia buat pasti akan ada kelemahan.Pesanan juga untuk diri saya sendiri.


ROCK LEE'S PRINCIPLE:A DROPOUT CAN SURPASS AND OUTCLASS A GENIUS WITH HARDWORK.

TO GENERATE A SUCCESS IS EASER THAN MAINTAINING THE SUCCESS.SO,GANBATTE!

FOOTNOTE:DON'T JUDGE PEOPLE BY THEIR PAST,BECAUSE PEOPLE CAN CHANGE.