expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 22, 2014

Ringkasan Pengalamanku


Assalamualaikum W.B.T kepada yang sudi mengunjungi blog ini.Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa saya hanyalah manusia biasa sama seperti pembaca yang membaca entri saya ini.Ini adalah blog pertama saya sebagai seorang blogger.Jadi apa yang tak kena dengan blog ni jangan 'complaint' lebih2.
Apa yang aq nak kongsikan dalam blog yang tak seberapa ni adalah sedikit kisah hidup aq dan apa lagi ntah.....supaya boleh dijadikan teladan kepada 'batch' selepas aq.

  • Sebagai Seorang Pelajar Tadika,Selangor
Karier aq sebagai seorang pelajar tadika bermula pada tahun 2002 di selangor...Ketika ini aq hanyalah seorang budak kecik yang tak pandai dan tak bersemangat dan tak suka ke sekolah dan tak berbakat dalam apa jua perkara.

  • Sebagai Seorang Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Agama,Sabah (2003-2008)
Waktu ini,kelakuan dan tingkah laku aq sama sahaja,aq x berkeyakinan dan x pandai.Tapi waktu ini adalah waktu aq menceburkan diri dalam bidang Jawi,Bahasa Arab.Waktu ini aq rasa dah jumpa apa yang aq minat.Aq hanya boleh skor subjek2 yang berkaitan jawi dan arab(sekolah agama).

Ketika sesi sekolah rendah aq teramat sangat tak menyerlah dalam kelas,sering mendapat nombor yang akhir2 dalam kelas.Aq x boleh skor byk subjek seperti BM BI MATH SAINS.Pada masa tu,subjek yang paling aq x minat adalah sains dan math.Aq selalu gagal dalam kelas.Aq rasa diri aq bodoh dan tak pandai macam kawan2 aq.Tapi waktu ini aq tak kisah pun dengan semua tu,yang aq kesah hanyalah enjoy,enjoy,enjoy dan enjoy.Tak perlu dipanjanglebarkan lagi,x penting pun rasanya.

Time SRA(Sijil Rendah Agama),aq dapat cemerlang.Jujur,time tu aq sangat rasa bangga dan sombong,dan sebab tu lah rasanya UPSR aq bla3....

Terus ke UPSR,pada masa ni aq ada sikit kesedaran(sikit je).Aq dapat 2A 3B.Aq sedih sebab aq salah sorang budak target waktu tu sebab exam sebelumnya aq dapat 5B.Aq dapat sikit ja A dlm kalangan budak target.Apa2 pon,time ni aq x kesah pon apa yg aq dapat sebab sedar sikit je.

  • Sebagai Seorang Pelajar Sek.Men,Pahang (2009-2010)


Bermula karier sebagai seorang pelajar sekolah menengah,time ni aq masih belum matang.Aq x boleh sambung arab dekat sini sbb sekolah tu xda arab.Aq kecewa,sebab subjek yg aq minat x boleh dipelajari.Karakter aq masih jugak belum berubah,sama saja dgn time masa aq sekolah rendah,seorang yang x berapa menyerlah.

  • Perak(2010-2013)
Aq masuk Smksis time form 2,time ni aq matang sikit,tapi sikap sebagai seorang yang x berkeyakinan masih sama dan merasa semua perkara susah2 belaka.Time ni aq jahat.

Time form 3,aq 1st time masuk asrama,time ni la bermula segala pembelajaran baru,pengalaman baru,hidup baru,suasana baru dan kawan2 baru.Sikap aq berubah sedikit masa ni sebab dorongan kawan2,tapi apa yang x berubahnya aq masih seorang yang pemalas dan x berkeyakinan.

Aq hanya usaha ala kadar je untuk PMR ni,tapi harapan nak 8A....haha,x sesuai dgn aq.....Aq harap sgt2 PMR dpt 8A,tapi aq hanya dpt 5A dan aq sgt2 kecewa kenapa aq x belajar sungguh2 dulu.Time ni aq pasang dendam kpd kawan2 aq yg dapat result cemerlang time PMR,aq nk atasi depa semua time SPM.

Masukla form 4.....matlamat aq nak belajar sungguh2 dan skor tiap exam,tapi hahaha.....aq rasa susah sgt subjek sains stream ni,fizik???bio???kimia??addmath???time exam aq hanya dapat 1 atau 2 A je.....haha....semua aq fed up dan rasa aq x boleh skor spm,kembali lah aq ke diri yang asal,iaitu pemalas dan rasa semua susah...haha......beralih ke perkara lain,time form 4 ni adalah masa yang aq x boleh lupakan,banyak perkara salah yang aq lakukan dan lbih spesifik tindakan bodoh la senang .....tapi daripada semua pengalaman tu,Alhamdulillah aq boleh berubah serta merta,aq sedar,dan aq anggap semua pengalaman tu adalah sebagai ujian ataupun jalan yang Allah bagi untuk aq supaya sedar.

Terus ke form 5,aq dah makin matang drpd dulu,aq dah sedar dan aq azam nak skor spm.Azam saja x ckup kan??Tapi satu benda ja yang masih susah nak berubah,pemalas,maklumla aq ni lelaki,besa la malas ni kan???betoi ka??ntah...aq malas sebab subjek form 4 aq x da dlm kepala otak aq,mmg takot jugak nak spm....time mid year aq hanya dapat 2 A ja....aq mula risau,sbb spm da x lama......

Raya menjelang,time cuti raya ni la aq amek keputusan nak study semua topik f4 dan f5.....Aq start study time raya sambil maen fb(sapa kata study smbil maen fb x boleh??).....Aq study dlm msa seminggu,dan x cukup lagi aq lajak smpai hari khamis,pastu baru balik asrama,dah call cikgu nan da,xpa.....aq teruskan style aq 'study hard'.....nk study smart x boleh dah,sbb msa da suntuk sgt2(prinsip aq masa ni 'nothing impossible')....jadi aq tukar mode smart ke mode hard...haha....aq xda masa study yang tetap walaupon aq buat jadual peribadi tapi x ikut pon,ikut aq la nk study bila dan nk study apa....buat latihan,baca buku dan buat kerja yg cikgu bagi even yg daripada awal tahun cikgu bagi aq x buat lagi......tapi x siap semua la.....sbb terlalu byk.....aq asingkan diri aq dgn kawan2 sebatch dgn aq time study dan duduk la sama ada dgn budak2 form laen ataupon sorang diri.......bukannya xmau kawan,tapi aq nk elakkan diri aq daripada maen...sbb aq ni suka sgt enjoy dan buas....aq janji dgn mak aq nak study betoi2,aq smpat habiskan past year pny buku sblum SPM dan baca semua subjek f4 f5 kecuali ada la cket yang aq x sempat nk hbiskan mcm bio kimia....tapi xpa la....aq dah mula tenang,aq yakin dan percaya kat diri aq boleh buat spm ni,jadi aq masuk exam n smua paper drpd bm hingga bio Alhamdulillah semuanya aq boleh jawab tanpa serabut kepala otak.....first time dlm hidup,aq buat bnda dgn usaha sendiri.....time result keluar,aq bersyukur sgt2 sbb result aq elok,subjek yang time skolah rendah aq x minat,naik sekolah menengah sgalanya berubah......Alhamdulillah.....Sekian

                                                 TAMAT
                             (Sila scroll ke bawah dan baca)

Ni aq amalkan masa aq bergelar sebagai seorang pelajar SPM,harap dapat membantu.
Sedikit Tips2 dan Cara2 Nak Study Dengan Mudah Dan Tenang
  1. Setkan dalam minda bahawa semua perkara adalah mudah,jangan sesekali berfikir bahawa sesuatu perkara itu susah.Sentiasa berfikir positif kerana pemikiran mendahului perbuatan.Kalau fikir positif,positif lah jadinya.Jangan pernah merungut tentang sesuatu perkara yg susah dan x kena seperti yang kita mahukan,sebab benda tu sama saja seperti berprasangka buruk terhadap Allah.Allah akan bagi apa yang kita rasa terhadap dia.Kalau bersangka baik,baiklah yg Dia beri,kalau bersangka buruk,buruklah yang Dia beri kpd kita.
  2. Sentiasa bersyukur dengan setiap apa yg diberi walaupon kecil.
  3. Ni yang paling utama,taat Allah,Rasul,Ibu Bapa,Guru dan buat baik dgn semua org.Doa ibu bapa sgt mujarab,berkat ibu bapa dan guru sgt penting utk ilmu jangka panjang.
  4. Selalukan baca quran(kalau malas sgt,baca surah2 lazim pon memadai) & bertahajud,solat hajat,taubat(kalau byk dosa payah masuk ilmu) dan lain2.Lepas tahajud jgn tidur,study time 2....sbb time 2 otak fresh....mudah masuk ilmu.....memang susah nak buat...tapi kalau da lama2,jadi biasalah...
  5. Believe in yourself and your potential.Be your true self,don't be others because everyone has thier own advantage that make them unique in the way they are.
  6. Nothing Impossible.
  7. Selalukan mandi wajib,sebab takut2 mandi wajib kita yg sebelum ni x sah,jadi ilmu susah nak masuk.
  8. Selalukan minta tunjuk ajar drpd org yg lebih mahir drpd kita.
  9. Selalukan ajar org,sbb bila kita ajar,kita akn lebih mudah ingat dan paham.
  10. Study2 jugak,sekali sekala pergi la turun maen ataupon ambek udara segar release tension.
  11. Jangan putus harapan.
  12. Jangan pernah putus asa atas segala usaha yang anda lakukan,sebab putus asa bukan sifat org Islam.jika sesuatu x menjadi seperti yg kita nak,tu maknanya ujian...tempuhilah ia,jgn putus harap akn pertolongan Allah.
  13. Jangan remehkan suatu perkara kecil.
  14. Jangan pandang rendah kepada org.
  15. Jangan sombong dan riak dlm semua keadaan.
  16. Jangan mudah terpengaruh dgn org.
  17. Jangan hiraukan kata2 longkang kawan2 yg merungut tentang yang ni susah yang tu susah,sebaliknya nasihat depa dan ajak la study skali kalau boleh,kalau dia xmau biakan saja....
  18. Sentiasa tawassul dalam melakukan semua perbuatan(buat sesuatu utk mengharap keredhaan Allah)sebagai contoh,buat suatu ibadah dan kita niat dalam hati supaya Allah mempermudahkan segala urusan dunia & akhirat kita.
  19. Sentiasa berusaha,doa,tawakkal dalam apa jua keadaan.
  20. Jujur dengan diri sendiri,jangan mengamalkan budaya plagiarisme(tiru-meniru).....kalau xtau,buat cara xtau jgn action kata tahu...kelak akan menyesal....Selalukan tanya cikgu kalau x tahu.
  21. Jangan pernah menganggap dunia ini kejam,adakah dunia ini kejam???celik pikiran sikit.....adakah kita rasa dunia ni kejam sebab susah,sebab masalah,sebab bnda yg kita nak semua x jadi....Itu semuanya ujian dari Allah,jadi kenapa kita perlu kata dunia ini kejam???manusia yg kejam dalam dunia ni,menyalahgunakan semua bnda...
  22. Belajarlah dengan memantulkan diri pada pengalaman dan kesalahan kita,dengan itu,kita boleh memperbaiki diri kita.All people have mistakes,then we must deter those mistakes.
  23. Belajar bukan semata-mata nak dapat A dlam exam,apa yg kbykn kita buat selama(termasuk aq) ni ada lah belajar untuk dapat result yang cemerlang tanpa memikirkan bnda lain,sebab tu lah ilmu yg kita belajar mudah hilang.Lepas ni jom ubah sama2,belajar kerana Allah(ambil masa bbrpa saat sblum pergi ke tmpat bljar niat dlm hati bljr kerana Allah).Belajarlah untuk gembirakan hati mak ayah dan untuk aplikasi msa dpan kita.Seimbangkan juga ilmu dunia dan akhirat.
  24. Jangan ikut cara org laen,tetapi jadikan seseorang sbg sasaran dan target kerana setiap org memiliki kemampuan,kelebihan dan cara berbeza.Ikutlah cara masing2. 
  25. Allah x beri apa yang kita mahukan,tetapi Allah berikan yang terbaik buat kita.No matter what was the road you had chosen,proceed and continue with it,believe in Allah n yourself.The power to believe in yourself could give you confidence.
  26. Layanlah ibu bapa kamu dgn baik,jangan sombong dan rasa dah besar sgt dan rasa x perlukan perhatian mereka,kelak akan menyesal menangis x berlagu.Kalau dah pergi menangis air mata darah sekali pon mereka x kembali.
  27. Semua kejayaan kita bukanlah di atas usaha kita sahaja,itu adalah pemberian Allah kpd kita.


Sampai di sini sahaja coretan dan nukilan saya dalam blog yang x seberapa ni,saya hanya mahu kongsikan apa2 yg boleh dijadikan teladan.Segala kesilapan adalah dari saya dan segala kebaikan adalah daripada Allah.Saya doakan anda semua berjaya dunia akhirat.Never Give Up.Assalamualaikum.Saya x sempurna,jadi apa yang saya lakukan x semuanya betul.Setiap benda yang manusia buat pasti akan ada kelemahan.Pesanan juga untuk diri saya sendiri.


ROCK LEE'S PRINCIPLE:A DROPOUT CAN SURPASS AND OUTCLASS A GENIUS WITH HARDWORK.

TO GENERATE A SUCCESS IS EASER THAN MAINTAINING THE SUCCESS.SO,GANBATTE!

FOOTNOTE:DON'T JUDGE PEOPLE BY THEIR PAST,BECAUSE PEOPLE CAN CHANGE.