Alhamdulillah kali ini saya bercadang untuk memperuntukkan serba sedikit pengetahuan saya berkaitan matrikulasi atau pun singkatannya yang orang selalu sebut matrik.Diharapkan maklumat yang saya ingin berikan dapat membantu serba sedikit pelajar2 yang masih dalam dilema untuk memilih bidang pengajian dan institusi pengajian yang sesuai untuk meneruskan kareer sebagai seorang pelajar yang berwibawa,Insya-Allah.
Untuk pengetahuan pengunjung2 blog ini,saya merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Melaka(KMM) 2014/2015 PST(Modul 1).Jadi,berkaitan maklumat yang ingin saya kongsikan sebentar lagi adalah sepenuhnya berdasarkan pengalaman2 saya semasa bergelar sebagai seorang penuntut di kolej tercinta.Maklumat2 yang akan saya kongsikan kebanyakannya berkaitan PST,kerana itulah 'field' saya,itulah bidang saya belajar.Saya x akan bercerita tentang perkara yang berada di luar pengetahuan saya.
KMM DI HATIKU
1)Pendaftaran
Pada hari pendaftaran,semua pelajar diminta membawa segala dokumen2 dan borang2 yang berkaitan,ada diberitahu......semua dokumen2 tu aku sarankan korang supaya fotostat banyak2,dalam 2 ke 3 helai....sebab berkemungkinan ada di antara borang2 tu korang kena pakai banyak kali......Aku cakap ni sebab dulu aq dah kena,hahaha......sepatutnya aq daftar sekejap ja,tapi disebabkan ada di antara borang2 tu tak cukup,urusan pendaftaran aq tergendala,aq kena beratur panjang di bawah matahari yang indah semata2 nak fotostat sehelai kertas je....lengoh kaki haih,huhuhu.....sadis.......
Masa hari pendaftaran ni,korang akan dapat kunci bilik,baju kolej,bantal,kad matrik,'necktie' dan adala saguhati.....Untuk kad matrik,bagi yang mendaftar secara online korang khas sikit,x perlu tangkap gambar sewaktu hari pendaftaran sebab korang dah upload gambar...Jadi jangan tanya kalau kenapa korang tak dapat lagi kad matrik nanti,mungkin korang akan dapat lambat sikit.....
Berkaitan barang2 yang hendak dibawa,kalau rasa barang terlalu banyak,bawa dulu barang2 yang penting,sebab dekat koperasi ada disediakan banyak barang2 macam baldi,selipar,payung,makanan2 ringan,minuman sampingan,minyak wangi,sabun,fail,buku2,kertas2 dan banyak lagi.Korang beli kat situ.
2)Minggu Orientasi
Pada minggu yang pertama,semua pelajar akan menjalani orientasi yang mana memperkenalkan para pelajar serba sedikit tentang kehidupan di matrikulasi,masa ni korang kena bijak urus masa sebab aktiviti sangat padat,baru nak rehat dah kena panggil untuk aktiviti seterusnya...time ni lah korang akan rasa 'adoi menyesalnya la masuk matrik ni',korang akan rasa nak balik,rindu mak ayah menangis bagai.......untuk yang berhati sado dan yang pernah duduk asrama xpa,depa semua dah biasa handle benda2 mcm ni.......
Tentatif program biasanya ada diedarkan,korang boleh atur masa melalui tentatif tu.....Antara aktiviti2 yang aq ingat,pada minggu orientasi tu korang akan diperkenalkan dengan lagu2 kolej dan negeri,ceramah2,program bersama felo,ketua jabatan,pengarah,qiamullail,solat berjemaah,taklimat2 penting dan latihan dalam kumpulan...felo itu warden la.
Sewaktu latihan dalam kumpulan(LDK),masa ni la korang tau kelas korang,berkenalan satu sama lain,dengan sapa korang ditempatkan,time ni la nak usha bunga2 dengan kumbang2.....hehehe,,,,,bergurau ja.....masa LDK ni korang akan diperuntukkan seorang pensyarah mentor yang akan membimbing korang dan mengendalikan aktiviti2 dalam kelas......
3)Program yang ditawarkan
Ada 2 program yang ditawarkan,Program Satu Tahun(PST) & Program Dua Tahun(PDT).Untuk PST ada 4 modul yang ditawarkan;
- Modul 1:
-Fizik
-Kimia
-Biologi
- Modul 2:
-Fizik
-Kimia
-Sains Komputer
- Modul 3:
-Biologi
-Kimia
-Sains Komputer
- Modul Perakaunan:
-Perakaunan
-Ekonomi
-Pengurusan Perniagaan
Untuk PDT,semua sama kecuali PDT x ada modul perakaunan sahaja........
Untuk subjek wajib pulak,korang akan ambil Bahasa Inggeris,Kemahiran Dinamika,Kokurikulum,Pendidikan Islam....subjek2 tersebut x akn dikira untuk pengiraan pointer....hanya subjek2 teras(fizik bio kimia math sc.comp) yang akn diambil kira dlm pengiraan pointer....tapi gred untuk semua subjek akan dipaparkan dalam sijil peperiksaan semester...nak taknak skor ja la semua....
Kalau kes untuk tukar modul,sekiranya korang minat modul lain,korang boleh berlaku sedemikian selepas minggu orientasi,akan ada taklimat dan prosedur2 yang korang kena laksanakan,banyak benda yang nak kena buat tu memang banyak,tapi hendak seribu daya x hendak seribu dalih.....Kalau modul sains nak tukar ke modul akaun,dibenarkan.Tapi,modul akaun nak ke modul sains x boleh.
4)Kehidupan di Matrikulasi (Matriculation Real Life)
Pada saat ini,aq nak bagitau korang yang masih belom menjejaki dunia matrik ni,matrik ni bukanlah susah yang macam korang sangkakan.Korang jangan dengar kata2 negatif daripada orang lain.Sememangnya pembelajaran di matrik ni sangat laju,minggu pertama masuk x rasa lagi,tapi masuk minggu kedua kalau korang x catch up,kemungkinan korang akan ketinggalan.Setiap minggu korang akan ada eksperimen(fizik bio kimia),kuliah dan tutorial.....kuliah korang akan dibahagikan mengikut kumpulan masing2,dlm lebih kurang 100 lbih pelajar.....kelas tutorial pula adalah kelas korang la,ada selalunya dalam lingkungan 15-30 org.....eksperimen ikut kelas.
Berkaitan eksperimen,lab coat & experiment manual book disediakan dan safety goggle kena beli sendiri(JANGAN LUPA BAWA LAB COAT,EXPERIMENT MANUAL BOOK & SAFETY GOGGLE SETIAP KALI EKSPERIMEN) .
Untuk kimia dan biologi,sebelum eksperimen setiap pelajar dikehendaki membuat jotter(buku jotter disediakan) untuk eksperimen pada minggu tersebut....Apa tu jotter,jotter ni adalah ringkasan(berdasarkan pemahaman korang) ataupun draft utk korang sebelum masuk kelas amali.Kalau cikgu kimia aq dulu,jotter x ada x boleh buat eksperimen,pergi siapkan dulu jotter baru boleh buat eksperimen.Sebaiknya buat la jotter ni,jotter ikut suka korang la nak buat apa,korang nak lukis ke nak buat flow chart ke,terserah asalkan korang paham apa yang korang akn buat dalam eksperimen nti.....jotter membantu korang faham perjalanan sepanjang eksperimen,xdala nanti korang just buat eksperimen membuta tuli.....sebaiknya biarlah korang masuk dengan persediaan,nanti habis kelas ada ilmu yang korang dapat daripada eksperimen tu.Lepas eksperimen,korang kena buat lab report.Lab report wajib hantar sekurang2nya 3 hari selepas eksperimen(ikut jugak cikgu korang nak tentukan bila deadline).INI AMARAN,ilmu dalam kelas AMALI sesetengahnya ada yang x diajar dalam kuliah,kalau korang dapat benda tu,korang boleh apply dalam exam.Sebab kadang2 exam keluar soalan HOTS(High Order Thinking Skills).
Untuk fizik,sebelum amali,setiap pelajar dikehendaki membuat pre-report.....pre-report ni ada working procedure dgn procedure eksperimen.Prosedur korang salin je daripada manual book tapi sebaiknya fahamkanlah.Working procedure pula korang kena belajar cara nak buat,pegi lah jumpa cikgu,jgn la asyik meniru je,meniru faham x apa,tapi meniru membuta tuli ni sia2,korang x dapat manfaat...
Beralih kepada kelas tutorial,kelas tutorial ni kelas korang lah,adik beradik korang,family korang,jatuh bangkit korang bersama.Dalam kelas tutorial ni,akan ada cikgu yang akan ambil alih kelas korang mengikut subjek,selalunya cikgu2 tu handle korang selama satu semester ja,tapi ikutla,ada jugak cikgu yang akan ambil alih korang sampai tamat program.Sebelum masuk kelas tutorial,buatlah tutorial tu,sbb kalau korang x buat tutorial,korang masuk kelas dan lepas tu cikgu ajar,korang akan susah nak faham,sbb korang x buat lagi tutorial,ada jugak cikgu yang prihatin dia akan cek dulu murid2 dia buat ke tak tutorial..
Sebaiknya buatlah tutorial,sebab tutorial ni adalah benda utama yang akan mendedahkan korang dengan format2 exam dan pattern2 exam sebenar....kalau korang selalu buat,Insya-Allah mudah urusan time exam.....kalau korang dah buat semua tutorial,masa 'study week' nanti korang dah x susah nak study,sebab korang dah buat semua benda,jadi masa tu korang cuma perlu tinggal baca semula apa yang korang buat tu dan 'refresh' otak korang dengan buat latihan 'past year'...nak 'test' lagi kualiti korang,pergi la ajar orang,insya-Allah mudah urusan....
Untuk kuliah,korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan,dalam satu kuliah ada dalam lebih kurang 100 orang lebih.Pensyarah kuliah akan ajar korang sehingga habis semester,ada jugak yang akan ajar sampai tamat program.Nota kuliah korang kena fotostat sendiri,akan ada AJK utk subjek2 tertentu dalam kelas korang,jgn risau,mereka2 ni la yang akan tolong fotostatkan.
Berhubung dengan waktu P&P,kelas akan bermula pada pukul 8 pagi,korang sarapan dalam pukul 7 pagi dan P&P akan rehat pada pukul 1 tengahari.Masa 1 jam diberi kepada korang untuk solat,makan,rehat dan sebagainya.Pukul 2 kelas akan bermula untuk sesi petang dan akan tamat pada pukul 4 petang.Tapi depend jugak kalau cikgu korang nak buat kelas tambahan,nasib korang la x boleh balik lagi hahaha.Tapi kelas tambahan bagus jugak,itu menunjukkan cikgu2 sayang korang,sanggup korbankan masa mereka semata2 untuk mengajar korang.Lepas je korang habis kelas tu,korang akan balik rehat,solat dan lepas tu korang nak beriadah ke nak siapkan kerja yang bertimbun ke,ikut suka korang la.Tapi sebaiknya beriadah la sebab otak kita pada waktu petang x lagi setajam seperti otak kita pada waktu2 lain.Kecenderungan untuk tidur je,sebab memang penat.Habis je korang riadah,mandi,solat maghrib,akan ada cikgu2,ustaz2 atau pelajar2 yang akan handle kuliah maghrib.Habis solat isyak dalam pukul 9 hingga 9 lebih.Lepas je solat isyak,itulah masa study korang.Korang nak study mcm mana,pukul berapa ataupon xnak study ikut korang la,x ada sapa yang akan suruh korang ataupon kongkong korang.
Bagi yang nak study,kalau rasa letih sangat,boleh tidur dulu,nanti dalam pukul 2-3,boleh bangun,masa tu otak fresh,bagus untuk pembelajaran efektif berbanding korang study dalam keletihan.Tapi,semua tu depend kepada korang la nak study macam mana,manusia mempunyai pendirian berbeza.Aku tak boleh tentukan cara study korang.
Dan lagi satu,semester 1 lebih mudah jika dibandingkan dengan semester 2.Kebanyakan topik2 semester 2 korang akan belajar benda baru.Contohnya,biologi semester 2 akan belajar banyak berkaitan proses.Kimia semester 2, 90% organik.Sains komputer akan belajar 'programming'.
Untuk makan,korang makan kat cafe....tu ja aq mampu beritahu,harga depend kepada cafe tersebut...Kalau cafe tempat aq dulu,semuanya sedap2 belaka....Alhamdulillah...
4)PDT VS PST
Adakah PST ataupun PDT yang lebih baik????
Soalan ni bagi aq x 'valid',sebab masing2 ada kelebihan dan kekurangan.Untuk PST,PST ini memang jalan singkat ataupon kita panggil 'shortcut' untuk ke ijazah,hanya mengambil masa lebih kurang 10 hingga ke 11 bulan ja,tetapi PST pembelajaran dia sangat laju,sehinggakan waktu tidur korang pun akan terganggu dan ada lagi kerja2 yang korang x mampu siapkan.Aq PST modul 1,bagi aq,daripada mula masuk matrik kerja x pernah habis sehinggalah aq keluar daripada matrik,barulah kerja habis.Cabaran untuk PST ini adalah pengurusan masa,kalau korang x urus masa dengan betul,korang boleh kecundang.Ada 2 semester.
Untuk PDT,dia x 'rush' sangat macam PST,topik2 yang dipelajari dalam 1 semester pon x sebanyak PST.Pembelajaran dalam PDT relaks sikit dan belajar lebih mendalam berbanding pelajar2 PST.Ada 4 semester.Lambat sikit kalau korang nak ke ijazah.Jalan yang sama,tujuan yang sama,cuma masa berbeza.Tetapi apa2 pon ini semua hakikat kehidupan,setiap benda akan ada kekurangan dan kelebihan kerana semuanya adalah sistem yang manusia cipta,manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Allah dah atur semuanya sesuai dengan kemampuan semua manusia.
5)KUIZ,PB,UPS,MUET,PSPM
Setiap subjek teras,akan ada kuiz.Matematik ada 4 kuiz setiap semester(3 kuiz akan diambil kira sebagai 'carry mark' utk exam semester).Fizik Biologi Kimia ada 6 kuiz setiap semester(5 kuiz akan diambil kira sebagai 'carry mark' utk exam semester).Boleh dikatakan kuiz ni tiap2 minggu ada,korang kena sentiasa prepare.Untuk PB(penilaian berterusan),markah ini pensyarah2 korang yang akan menilai korang daripada pelbagai aspek sepanjang satu semester.'Total carry mark' utk matematik 10%(kuiz).'Total carry mark' utk biologi fizik kimia 20%(kuiz,amali).
Untuk UPS(Ujian Pertengahan Semester),setiap semester akan ada UPS.Soalan dia x sesusah exam akhir semester,tapi jgn main2 dengan UPS ni,jangan ambil mudah,kadang2 soalan boleh jadi 'tricky' dan mengundang padah kalau korang sambil lewa.UPS jugak ada 'carry mark' utk exam semester.'Total carry mark' 10%.
Untuk PSPM(Penilaian Semester Program Matrikulasi),inilah medan peperangan korang yang sebenar.'Exam' ni akan menilai korang sejauh mana korang melangkah sepanjang satu semester.Akan ada soalan2 HOTS.'So,be prepared'.Untuk matematik,80% akan diambil drpd PSPM.Utk fizik kimia biologi 70%.
Untuk MUET(Malaysian University English Test),korang akan menduduki 'test' ni pada semester 1.Ada 4 bahagian.Speaking,Writing,Listening,Reading.
Band 1 (weakest user)
Band 2 (weak user)
Band 3 (moderately fluent user)
Band 4 (good user)
Band 5 (fluent user)
Band 6 (highly fluent user)
Nak band yang bagus,kena rajin la...
Kesemua 'carry mark' daripada UPS,PB,Kuiz,Amali dan PSPM akan dijumlahkan untuk pointer semester korang(PNGS).Peringatan,kalau nak PNGK korang gempak,pastikan PNGS 1 dan PNGS 2 korang jugak gempak,kalau x babai...huhuhuhu.....
Pada pertengahan semester 2,korang wajib isi UPU ataupun universiti2 lain macam UM dgn USM.
6)Lain2 Perkara
Perkara lain2 contohnya,penglibatan dalam aktiviti2 kolej.Aq sarankan korang di samping study,libatkan jugak diri dalam aktiviti2 yang kolej anjurkan,aktiviti2 kelas,blok dan sbgainya.Libatkan jugak diri korang dalam acara2 atau 'competition'.Perkara ini sangat penting sebab nak cover markah kokurikulum 10%.Nak masuk universiti sangat2 susah sebab competition sangat2 tinggi,budak ramai yang berkaliber,jadi markah koko lah pembeza antara korang samada korang layak ataupun tidak masuk universiti.Ada banyak persatuan,kelab2 yang korang boleh masuk.Malahan,kalau korang bersepakat nak tubuhkan kelab baharu pon boleh.
Untuk kes kalau korang x tahu tentang suatu benda,nakkan lebih ilmu,sila berjumpa pensyarah dekat unit.Ikut korang la nak jumpa pensyarah korang ataupun pensyarah2 lain,asalkan korang boleh tanya apa yang korang nak.Kalau aq,aq akan jumpa pensyarah sendiri,sebab aq ni penyegan sikit nak jumpa pensyarah lain.Untuk pengetahuan korang jugak,kebanyakan pensyarah tak ajar korang semua ilmu yang mereka ada dalam kuliah ataupun kelas tutorial disebabkan masa yang amat terhad.Jadi,sekiranya korang berjumpa dengan pensyarah secara personal,korang boleh dapat ilmu yang mana x diajar pun dalam kuliah,'extra knowledge'.Jangan risau,kedatangan anda dialu2kan oleh para pensyarah,pensyarah kebanyakannya baik2,tetapi dengan syarat korang dah prepare dulu la sebelum berjumpa,xdala kena halau nti,hahaha.
Selalukanlah bejumpa pensyarah sebab benda ni yang dapat eratkan hubungan korang dengan pensyarah,pensyarah akan kenal korang,mudah ingat korang dan sekaligus mudah untuk mendoakan untuk korang.Insya-Allah.
7)Baucer Buku
Selalunya baucer buku akan dapat dalam sebulan selepas semester bermula RM250.Selalunya tarikh luput dia pun lambat,kalau korang xnak guna beli buku rujukan pun x apa,boleh simpan sampai cuti 'then' nak beli hadiah untuk parents atau pun lecturer korang pon ok.Kalau aq dulu,semua buku rujukan aku pinjam dengan cikgu.Aku cuma guna sebahagian baucer untuk beli buku 'past year'.
8)Especially for Muslim Students
Untuk 'muslim students',suka untuk aku ingatkan beberapa perkara,
- yang mana Allah akan beri kepada kita tentang apa yang kita rasa terhadap dia,tentang prasangka kita terhadapNYA,kalau kita bersangka baik terhadap Allah,baiklah yang kita dapat,sekiranya buruk yang kita sangka terhadapNYA,buruklah yang kita dapat.
- dua perkara yang Allah cipta untuk hambaNYA sbg perantaraan untuk dekat kepadaNYA iaitu hajat dan musibah,gunakanlah sebaik mungkin.
- rezeki setiap orang berbeza2,ada yang Allah bagi cepat dan ada yang Allah lambatkan.Jadi,jangan risau sekiranya korang dah berusaha sehabis daya dalam suatu benda,tapi 'still' korang x dapat yang diinginkan,jangan pernah bersangka buruk terhadapNYA,mungkin Allah simpan di masa hadapan dengan rezeki yang lebih luas lagi.
- lelaki digalakkan untuk solat secara berjemaah di awal waktu,di tempat azan diazankan,solat berjemaah termasuk antara Sunnah terbesar yang Rasulullah SAW lakukan,antara Sunnah lain yang patut dilakukan solat tahajjud,sering membaca al-Quran,jaga solat Dhuha,jaga sedekah,jaga wudhuk terus menerus dan beristighfar setiap masa.
- sentiasa berfikiran positif sebab pemikiran kita mendahului perbuatan kita.
- kalau korang berusaha sedaya upaya,sentiasa berdoa,istiqamah dengan amalan dan berserah kepadaNya,Insya-Allah Dia akan bantu korang....
- semua benda yang berlaku adalah berdasarkan perancanganNYA,dan perancangan Allah la yang paling terbaik untuk kita.
- 'mindset' kena ubah yang kita belajar bukan kerana pointer,tapi kerana Allah,Insyallah mudah.
Semua benda yang korang buat,pergi ceramah,kuliah,tazkirah,solat jemaah,baca quran,buat amalan2 Sunnah,semua tu tak sia2 kalau korang buat dengan ikhlas.Insya-Allah ganjaran yang diterima korang amat besar.
*Kepada korang2 yang akan meneruskan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi x kira la samada matrikulasi ataupun institut pengajian yang lain dan pengunjung2 yang sudi membaca blog ini semoga segala urusan antum semua Allah permudahkan dan berjaya dunia akhirat,Insya-Allah.Terima kasih kerana sudi membaca blog yang x seberapa ini.
Akhir sekali,ingin saya tegaskan,segala perkara yang saya kongsikan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada,dan saya juga merasa bahasa yang saya gunakan dalam blog ini bersesuaian.Saya lebih selesa menggunakan bahasa Kedah ataupun Perak tetapi nak mengelakkan kekeliruan saya gunakan bahasa yang mudah difahami walaupun pada dasarnya saya agak kekok.Sekiranya ada terkasar bahasa,tersalah maklumat mohon diampunkan.Saya juga manusia biasa,tak akan terlepas daripada salah dan silap.
Saya bukannya nak mempengaruhi siapa2,saya x ada hak untuk suruh korang pilih matrikulasi sebab korang ada hak dan pendirian masing2,but I JUST WANT TO SAY THE TRUTH,I AM HAPPY TO BE A MATRICULATION STUDENT,banyak pengalaman2 yang saya timba dengan sahabat2 saya yang saya x pernah lalui sebelum ini,semua sahabat2 saya baik2 belaka,gelak tawa bersama,x akan dapat saya lupakan,juga tidak saya lupa semua pensyarah2 saya yang telah banyak mengajar dan membantu mendidik saya sehingga saya dapat berdiri menjadi saya yang sekarang,sedih apabila saya meninggalkan bumi KMM,Insya-Allah suatu hari nanti saya akan kembali semula ke bumi nostalgik tersebut.
Segala pertanyaan dan pendapat ataupun cadangan malahan teguran serta pembetulan yang ingin diajukan,boleh la komen kat bawah ini.Sekian,Terima Kasih.GOOD LUCK. :)
*Matrik sebenarnya tak susah kalau korang rajin.
*Mohon 'share' kepada rakan2 lain sekiranya maklumat di atas bermanfaat,semoga semuanya dapat manfaat bersama.
#TIADA KEJAYAAN YAN BERKAT MELAINKAN SUNNAH RASULULLAH SAW#
Sape ada soalan,tanye jer,insyallah yang tahu saya jawab..... :)
ReplyDeleteHi, nak tanya sikit.... Boleh tak saya mengikuti aliran teknikal walaupun saya merupakan pelajar science stream????????
Deleteterima kasih
Nak tanya... Silibus dlm modul sains spt fiz chem bio math sama macam SPM ke? Atau ada tmbah2 sikit? & soalan HOTS mmg ada byk dlm exam? Harap penjelasan
ReplyDeleteSilibus utk fiz chem bio math byk yg tambah,hanya sikit je yg sama,kebanyakan yg akn dipelajari semuanya baharu....ada jugak yg kita bljr masa spm dulu,masuk matrik kita x akn belajar dah.....jgn risau,sbb yg basic2 time spm tu selalunya pensyarah akan recall semula.......ada jugak konsep masa spm x bleh apply dah.....
DeleteBerkaitan hots question tu,akn ada dlm exam,tp bkn dlm kuantiti yg byk sbb hots tu hanya utk membezakan kita dgn pljr2 yg laen yg kebyknnya boleh jawab soalan2 yg moderate.....hots sering keluar masa exam akhir sem....
Deletebarang apa yg tak boleh dibawk masuk
ReplyDeleteRokok,kettle,seterika,tv,periuk nasi dan perkakas elektrik yg lain......tp ada byk ja budak2 yg bwa,haha,pndai2 jaga la....haha
ReplyDeletemacam mana deme pilih modul utk kita dan modul mana yang menjurs kpd kejurutraan
Deletecara2 penentuan modul untuk kita tu x pernah pulak didedahkan,tapi yang pasti berdasarkan result kita la.........modul yang menjurus kepada kejuruteraan modul sains fizikal modul 2......
DeleteSetiap bulan bajet brapa duit utk keperluan? Terima kasih.
ReplyDeleteHuhuhu....yang tu lain orang lain bajet......semua tu depend kepada perbelanjaan seseorang tu jugak.....kalau jenis yang x tahan tgok benda asal nak beli je,yg tu bajet mahal sikit kot.....tapi kalau aq,bajet paling minimum la RM250 tu ckup sbb aq jenis x berbelanja sgt.....tapi,tu masa aq dlu la.....sekarang ni agaknya anggaran RM300 - RM350 sbb kos hidup makin tinggi.....adakah menjawab soalan???
DeleteFormat2 exam menjawab utk biology sama strict tak dgn cara spm? Adakah lecture akan memberi tunjuk ajar ttg format dan pattern exam?
ReplyDeletekalau masa aq dlu,lecturer akan skim dan terangkan secara terperinci tentang format exam,tapi kalau xde,ang boleh pergi tanya lecturer,format xsulit,yg sulit cumanya kertas soalan objektif je......strict x strict tu aq x reti nak compare sgt la, sbb spm aq byk main,tu rasa susah.....tapi apa2 pon klu ang usaha,Insya-Allah mudah.....
DeleteLaptop dgn printer boleh bawak x ? Sbb sy dgar printing cost kat matrix mahal. Lg satu, kat matrix ada wifi x ?
ReplyDeleteikut pada matrik.......kalau mcm matrik aq kmm melaka....printer xleh bwa......tp klu nk bwa diam2 tu kna pndai2 jaga la......matrik ada wifi,tapi laju x laju tu depend ada matrik la......menjawab soalan???
Deletelagi satu. yuran 500+ tu bayar untuk satu sem je ke atau untuk setahun ?
ReplyDeleterm500 tu utk satu whole program.....utk 2 semester.....yg tu bukan yuran pendidikan.....pendidikan free....tu just yuran perkhidmatan yg laen.......
ReplyDeletepemakaian dalam kelas macm mana eh bg lelaki
ReplyDeletebaju kemeja.....dan ada hari kena pakai baju sukan......dan sesetngah matrik ada hari khas pkai baju melayu....
Deletehujung minggu ad kelas tak????
ReplyDeletetu bergantung kepada lecturer subjek.....kalau dia nak buat kelas tambahan,ada la.....klu kelas biasa tu hari isnin hingga jumaat je
Deletekalau yg jenis tk bersukan tu macam mane???
ReplyDeletehahaha......cuba la bersukan.....kalau x pon ambil angin jalan2 ptg pon xpa....sbb nk jaga kesihatan jugak....huhu
Deleteassalamualikum....nk tnye kat matrik semua bljr dlm english ke??penerangan dr pensyarah pun in english jgk ke??
ReplyDeleteWaalaikumussalam.......pd msa aq,modul sains smua bljr dlm english kecuali dinamika,pendidikan islam......penerangan lecturer tu depend kpd lecturer tu....klu lecturer suka english,dia akn ajar dlm english....klu lecturer tu suka malay,dia ajar dlm bm....tp mostly dlm bm
Deleteassalamualaikum. Nak tanya. Exam MUET tu buat depan orang ramai ke? or sorang sorang?
ReplyDeleteMuet ada 4 bhgian.....listening,reading,writing,speaking.....yg listening writing dgn reading tu dia akn buat mcm exam biasa,jwb kertas soalan dlm bilik exam.....
DeleteCuma yang speaking tu je akan ada nombor giliran,speaking tu dia akan buat dlm group of 4....jd x malu sgt la.....sbb sikit je org.....
This comment has been removed by the author.
DeleteSalam sejahtera.Pelajar perempuan harus memakai pakaian apa di KMM??
ReplyDeleteAdakah mereka dibenarkan memakai seluar slack???Seterusnya,adakah para pelajar haarus mencetak buku peaturan dan buku panduan matrikulasi???
maksudnya time nak pergi kelas ke ape????klu macam matrik melaka, smua pompuan muslim non muslim wajib pkai baju kurung kecuali hari koko.......matrik lain x pasti....buku peraturan dgn buku panduan matrikulasi tu akan diberi....adakah menjawab soalan???
Deleteterima kasih....saya telah ditawarkan ke kmm juga...btw adakah saya harus bawa buku rujukan spm ke kmm???
DeleteAlhamdulillah.....tahniah......belajar betol2.....klu nk bawa nk buat ulangkaji boleh je.....tapi dlu aq bwa juga,hahaha tapi x ckup pon msa nk bca....haha....
DeleteAssalamualaikum, saya dpt masuk KMM. Saya nk tanye pasal kemudahan yg disediakn kt sana nnti. Iron x leh bwk, so nnti disediakn iron kt bilik or ade biliknye? Bilik air share satu aras ke? Modul 1 susah ke nk bwk? Ktenye susah...
ReplyDeletewaalaikumussalam.......masa aq dlu iron, heater etc xleh bwa......tapi aq bwa senyap2 je.....pndai2 jaga.....
Deleterealitinya, iron dgn heater sebenarnya kena kongsi setiap aras......setiap aras ada diperuntukkan iron dgn heater, tapi memang x ckup......iron dkat board depan bilik.....tapi aq iron ats katil je...huhu
kalau pasal bilik air,bilik air setiap aras ada......
modul 1 ni memang susah sikit berbanding modul lain......tapi kalau dah usaha mesti boleh punya......B+(be positive)......
Good luck :)
Thank you! :)
Deleteok sama2
DeleteAssalamualaikum, saya nk tnya kalau bwk snyp2 (iron & heater) akn ada spotcheck bilik ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam......biasanya ada spotcheck tu....cuma tahu dgn x tahu je.....huhuhu
DeleteAssalamualaikum,dekat kmm kena buat BSN ke Bank Rakyat?
ReplyDeletewaalaikumussalam....masa aq dulu....bsn
DeleteAssalam.. Makanan disediakan ke bayar sendiri?
ReplyDeleteMakanan kena beli sendiri dekat kafe....huhu
DeleteBetulke kalau kita punya pointer final sem 3.5 kebawah dpat kos lelong utk ijazah?
ReplyDeletesebenarnya semua tu x btul......byk je yg dapat kos bgus2 walaupon pointer 3.5 ke bawah.....semua tu atas rezeki masing2,Allah dah tetapkan dah....tapi bergantung dengan usaha kita jugak....kalau usaha lebih,tapi pointer x memberangsangkan,Insya-Allah dapat kos yang sesuai utk kita....
DeleteAlhamdulilah bermanfaat. keep it up :D
ReplyDeleteAlhamdulillah.....terima kasih :D
DeleteNak tye,klu addmath time spm dpt lulus je boleh ke survive dkt matrik?
ReplyDeleteMemang boleh....buktinya aq dlu addmath x paham pon.....tapi masuk matrik aq insaf, aq study btoi2.....alhamdulillah boleh skor......yang penting kena rajin usaha doa tawakkal sahaja kpd Allah...... selalukan pegi jumpa lecturer dekat unit....
DeleteSalam. Sekarang adik belajar di u mana?
ReplyDeleteWasalam.....alhamdulillah, saya skrg di utm skudai...
DeleteBang. Saya keliru ni. Dekat website kmm dia kata kena ftostat no akaun bank rakyat utk dilekat dlam borang. Xkan dia bgi elaun mllui bank rakyat? Hbs tu saya xyah buat akaun utk bsn ke cmne? Aduhh haha poning pale den 😅
ReplyDeleteErmmmmm......maaf dik, abg xboleh nk jawab soalan tu sbb masa abg dulu, dia suruh buat bsn, xpernah pula dgr bank rakyat....maaf :'(
DeleteBank rakyat..sebab saya dah call kmm dah tukar kepada bank rakyat..hehe
Delete@hakimizakaria : betul ke ni? Awak pun bakal student kmm ke? Kalau dh terbuat bsn macam mana? Btw saya x buat pun akaun bank rakyat.. 😅
DeleteYess i'm the next kmm student..sama laa mcm saya..dah terbuat bsn dulu..tp lps call kmm dia kate buat bank rakyat.so terpaksa la buat suapaya senang nanti..btw..deposit bank rakyat tu rm100 tau.hihi
DeleteYess i'm the next kmm student..sama laa mcm saya..dah terbuat bsn dulu..tp lps call kmm dia kate buat bank rakyat.so terpaksa la buat suapaya senang nanti..btw..deposit bank rakyat tu rm100 tau.hihi
DeleteTapi saya buat 50 je .dia kata xkesah brpe. Btw dh dftar online .. Masa dftar tu saya masukkan no akaun bsn. So cmne? Nak tukar ke atau biar uruskan masa pendaftran nnti?
DeleteYes yg daftar online tu mmg guna akaun bsn(yuran kan).tapi bank rakyat kene buat jugak sebab utk elaun yg diberikan oleh kerajaan tu.kerajaan akan masukkan duit through bank rakyat.hehe
DeleteOuh yeke. Thanks tau. Kalau awak x komen,, ofkos saya xthu smpai skrg haha😅
DeleteNo problem laa awak..so see u nanti kat KMM..haha
DeleteNo problem laa awak..so see u nanti kat KMM..haha
DeleteAssamualaikum, sy nk tnya. Boleh tak kalau saya nak tukar jurusan daripada perakaunan kepada sains? sedangkan saya ada basic tentang sains. Kalau buat rayuan pertukaran agak-agak dapat tak?
ReplyDeletewaalaikumussalam.....yg tu bergantung pd budi bicara pihak atasan....
DeleteSalam,sye nk tanye,soalan exam kim,bio,fiz ,dwibahase ke x?ke full bi.
ReplyDeletemasa aq dlu, dwibahasa.....yg terbaru xtau la....
Deletekalau matrik mlaka kena isi borang.....matrik lain x tahu
ReplyDeleteKalau kat cafe tu makanan paling murah brpe ringgit ek? 😝
ReplyDeletematrik lain2???kalau mcm matrik mlaka, ada 3 cafe, cafe lelaki paling murah......klu nasi plus ayam etc tu dlm rm2.50
DeleteAlhamdulillah terima kaisih utk input yg bermanfaat. Teruskan usaha anda ������semoga berjaya utk masa hadapan anda
ReplyDeleteIf soalan exam science tu dalam dwibahasa so boleh jawab dlm bm ke?
ReplyDeleteyg tu aq x berpa pasti sgt, sbb setiap department tersendiri tu dia ada dia pny cara nak jawab dan skema tersendiri....ikut subjek.....
DeleteAssalamualaikum. Saya nak tumpang tanya. Ada x wkt solat yg diwajibkan pergi ke masjid? Contah subuh ke? Abang dulu bgn pagi pkl brapa? Setiap hari kna bangun pkl 4 ke? Terima kasih.
ReplyDeletewaalaikumussalam........hahaha.....klu matrik abg la, masa mula2 orientasi je kene ikut jadual, lepas habis je orientasi tu semuanya dah kene berdikari sendiri.....klu abg dlu selalu bgun pkul 5.30 atau pkol 6....kdg2 tu lmbt jugak la.....
ReplyDeleteassalam thanks abg sbb kata2 abg sdikit sbnyak meningktkan keyakinan saya untuk msuk matrik HAHA. satu soalan ambik modul 3 boleh tak jadi doktor haiwan? tq bang
ReplyDeletewaalaikumussalam......sama2.... :) .....boleh je.....
DeleteSalam bro..perlukah utk kita bawa laptop for assignment ke research ke?
ReplyDeleteermmm.....bgi aq lebih baik ada la.....sbb kadang2 ada assignment yg memerlukan laptop.....
Deletesalam..nak tanya contoh dokumen yang kene fotostat lebih ape ye?
ReplyDeletemaaf lmbt,bz final exam.....depend kpd matrik....klu boleh smua dokumen yg diminta buat je spare....
Deletethank you very much for this! sangat2 membantu! pheww lagi 2 hari pendaftaran pelajar 2016/2017.. hehe takut and excited at the same time! :) thank you again!
ReplyDeleteowh,thanks......good luck......
DeleteCmne nak kira gred setiap subjek..contoh.. pspm1 dpt b+..pspm2 dpt a..keputusannye dpt ape?
ReplyDelete((jumlah darab kredit dan pointer 1)+(jumlah darab kredit pointer 2))/(jumlah kredit subjek untuk sem 1 dan 2)
Deletekredit mcm mna..darab dengan jumlah apa...xphm..tlong pls
DeleteAssalamualaikum...abang..saya dpt tawaran matriks utk second intake.sejujurnya...saya memang minat sains.sebelum saya dpt tawaran matriks ni..saya stpm..tp tukar bidang kemanusiaan.saya buntu lah bang.matriks ni susah sngt ke..spm saya punya result subjek sains saya dpt c.add math d..boleh ke saya masuk matriks...saya bukan ape..takut matriks susah je..betul ke sijil stpm laku.betul ke yg x dpt pointer yg diperlukan akan dilelong?
ReplyDeleteMaaf...betul ke sijil matriks laku?
ReplyDeleteMaaf...betul ke sijil matriks laku?
ReplyDeleteBetullah tu. Start tahun ni sijil matrik dah laku untuk mohon kerja setaraf stpm
DeleteAssalamualaikum...abang..saya dpt tawaran matriks utk second intake.sejujurnya...saya memang minat sains.sebelum saya dpt tawaran matriks ni..saya stpm..tp tukar bidang kemanusiaan.saya buntu lah bang.matriks ni susah sngt ke..spm saya punya result subjek sains saya dpt c.add math d..boleh ke saya masuk matriks...saya bukan ape..takut matriks susah je..betul ke sijil stpm laku.betul ke yg x dpt pointer yg diperlukan akan dilelong?
ReplyDeletewaalaikumussalam....x, matrik kalau rajin n slalu jumpa lecturer, jaga hubungan dgn Allah....Insya-Allah boleh bawa......banyak je kwn abg yg dapat 3.5 ke atas.......klu ada yg bwah 3.5 pon dpt kos yg baik2.....asalkan kita dah usaha,Allah akan uruskan yg lain....jgn risau.....be positive.....
DeleteHi nak tanya,sabtu ahad belajar juga ka? Dan mmg tak ada masa lebih utk bekerja luar yea? Sbb saya biasa kerja di luar nak dapatkan duit lebih..
ReplyDeleteSabtu ahad takde kelas tapi certain matrik akan ada minggu tak boleh keluar
Deletenice blog ! nanti jangan lupe usya2 blog kami skali :) http://prdkmph.blogspot.my/
ReplyDeletebetul...saya adalah generasi ke 3 matrikulasi..dan matrikulasi la yang mengubah saya menjadi akauntan yang berjaya...
ReplyDeleteSalam. Anak makcik dapat KMJ PST sesi 2017/2018 ni.Bercita-cita nak ambik farmasi. Modul apa yang paling sesuai ye. BTW sekarang ni Fareez belajar kat mana
ReplyDeleteDlm matriks tuu apa yg kita belajar utk subjek bio ehh??
ReplyDeleteAssalam. Saya nak tanya, berapa total kos pengajian untuk matriks aliran sains ye ? Adakah sekadar bayar yuran sahaja atau ada bayaran lain yang perlu dibuat ?
ReplyDeleteSalam.kalau masa spm saya x belajar bio..tapi kat matriks nak amik bio boleh x? Susah x bio? Byk belajar topik baru or sama cam spm?
ReplyDeleteTerima kasih untuk penjelasan yg panjang lebar
ReplyDeleteAssalam...nk tnye klau subjek sains komuter tu mmg boleh ambil ke walaupun x de basic sains comp. Kt sekolah menegah.....
ReplyDeleteJangan rsau....bleh je..... abg pon xde basic ambik programming...cuma kena rajin je.... sbb kdg2 adik akan jumpa dgn org yg pernah belajar programming..... belajar drpda mereka ataupon blajar melalui utube pon boleh.....
DeleteMmg makan dkt cafe je ke? Ke ada dewan mkn ke ?
ReplyDeletex pasti sama ada sama atau x untuk semua matrik...tapi yg pasti kmm ade cafe je.....dewan selalu guna utk program2
DeleteAssalamualaikum Bang . Saya tngok nak daftar matriks kena secara online . Saya nak daftar tapi x sempat sbb nombor pin bsn last beli 30 november . Ada cara alternative lain x utk daftar matriks . Ataupun dia dh x terima :(((
ReplyDeletedh bukak semula dh cepattt
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih dik...seronok baca...penerangan pulak ditambah dgn falsafah hidup....terbaiklah adik ni....tqvm
ReplyDeleteAslkm ,nk tnya saya dripada aliran sastera . Tapi rezeki saya masuk ke matriks bole tak ? Thnkyou
ReplyDeletekalau dapat c addmath agak2nya dptt score tak nntii dlm math kat sana? x pernah lulus sampailah spm dpt c.. kalau fail math kat matrik mcm mna
ReplyDeletesalam, setiap semester akan tukar kelas ke?
ReplyDelete